Mat Yo Akan Saman

Norshahrul Idlan Talaha kini dilaporkan sudah mengambil tindakan yang lebih t3gas dan telah memfailkan saman terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad serta 2 pengarang selepas menerbitkan artikel fitnah terhadap dirinya.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh BERNAMA, pemain kelab BG Pathum United itu memfailkan saman fitnah pada 27 April 2020 melalui Tetuan The Chambers of KK Tan dan telah menamakan syarikat tersebut serta pengarang kumpulan serta pengarang akhbar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh BERNAMA, Norshahrul berkata selepas tamat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Pahang pada 30 Nov 2019, beliau telah mendapatkan khidmat ejen bola sepak profesional iaitu Pro24 Agency bertujuan menguruskan proses pencarian pasukan bola sepak baharu untuk beliau sertai termasuk tatacara dan persiapan perpindahan.

Pro24 Agency berjaya mendapatkan satu tawaran daripada kelab Sukhothai FC, namun Norshahrul tidak bersetuju dengan gaji yang ditawarkan kerana tidak memenuhi kehendaknya dan menolak tawaran itu.

Kemudian, beliau telah dihubungi oleh Pengarah Urusan Offside Sports Management, Abdul Halim Abdul Shukor yang menawarkan diri untuk menjadi ejen pada 10 Januari 2020 dan ejennya itu berjaya membawa tawaran dari BG Pathum United. Norshahrul bersetuju dengan tawaran tersebut dan kontrak telah ditandatangani oleh mereka pada 16 Januari 2020.

Disebabkan isu penularan w@bak COV!D-19, saingan bola sepak di Thailand ditangguhkan dan pihak kelab telah memanggil semua pemain untuk berbincang mengenai beberapa perkara termasuk isu pemotongan gaji. Pada ketika itu, Norshahrul cuba menghubungi Abdul Halim namun tidak berjaya dan tindakan ejenya menghilangkan diri menyebabkan beliau membawa isu itu kepada pihak akhbar dengan tujuan supaya ejennya itu mengetahui bahawa beliau sedang cuba menghubunginya.

Norshahrul mendakwa pada 11 April lepas, kesemua defendan telah menerbitkan artikel bertajuk Norshahrul’s agent disappears amid pand3mic dan pada tarikh sama, Abdul Halim memberi maklum balas di Facebook miliknya antara lain membuat beberapa dakwaan bahawa beliau bukan menghilangkan diri tetapi berdiam diri kerana terdapat on going case (kes yang masih berjalan) antara beliau, plaintif, Pro24, BG Phatum United dan Persatuan Bola Sepak Thailand.

Dakwa plaintif dakwaan Abdul Halim adalah tidak benar dan menimbulkan tanggapan seolah-oleh kes sedang berjalan di antara plaintif dengan Pro24 dan dakwaan itu telah menarik perhatian pihak media khususnya defendan-defendan.

Norshahrul seterusnya mendakwa pada 13 April lepas, kesemua defendan telah menerbitkan artikel bertajuk Norshahrul sued by Thai agent yang mengandungi pernyataan-pernyataan fitnah merujuk kepada plaintif yang diterbitkan secara dalam talian dan turut disebarkan melalui Facebook dan Twitter yang dikawal oleh kesemua defendan.

Plaintif mendakwa artikel memfitnah itu antara lain menyatakan bahawa beliau telah disaman oleh Pro24, dihalang keluar dari Thailand sehingga kes selesai sedangkan plaintif mendakwa beliau tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan dengan kes yang kononnya telah difailkan oleh Pro24 di Thailand.

Dakwanya, tajuk dan kandungan artikel memfitnah itu adalah tidak benar dan ia menyebabkan nama baik serta reputasinya selaku pemain bola sepak tercalar dan plaintif juga menyatakan adalah wajar jika kesemua defendan mendapatkan penjelasan daripadanya sebelum menerbitkan artikel berkenaan namun mereka gagal berbuat demikian.

Norshahrul mendakwa sehingga kini, artikel fitnah itu masih belum ditarik balik daripada laman sesawang yang dikawal oleh defendan-defendan.

kredit:- Vocketfc

Plaintif menuntut ganti rugi antaranya ganti rugi teladan, ganti rugi kerana memfitnah, faedah, satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada meneruskan penerbitan artikel yang sama dengan penerbitan artikel memfitnah, kos serta relief lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.