Mat Don Tak Releven

Menyambut baik berita kelulusan Liridon Krasniqi untuk bermain bersama Malaysia. Kan dah cakap April keatas haritu baru sah kan.Sebagai penyokong Malaysia, sudah pasti kita mengharapkan Mat Don akan bagi 100 persen komitmen nanti.Terbaca juga yang komen neg@tif dan kritik katanya Mat Don tak releven untuk HM. Pelik? kenapa pula tak releven?

Mat Don mungkin akan ambil sikit masa untuk adaptation tactical bersama HM, itu biasa walaupun TCH dah kenal beliau dari 2015 pun tapi rasanya Mat Don masih dalam kondisi yang baik serta memperluaskan ‘option’ pengurusan midfield untuk HM dan TCH.Sejak debut 11 April 2015 perlawanan Kedah menentang JDT II, Mat Don dari tak dikenali terus dikenali.9 bantuan gol dari half-season musim tu dah cukup gambarkan kualiti Mat Don.Sejak 2016, Mat Don bermain di Liga Super termasuklah Piala FA dan Piala Malaysia. Kita kira perlawnan kompetitif untuk dia cecah 100 perlawnan keatas.

Catatan beliau,

105 perlawanan
38 gol
52 assist

43 assist dari 2016 ke 2018. Prime beliau tahun 2017 dengan mengumpul 20 assist dalam semusim. Mungkin paling tinggi pernah dicatatkan dalam 1 musim or top 3 terbaik.Ada juga hal merisaukan iaitu masa Mat Don bersama Melaka United. Mat Don hanya sempat main 6 perlawnan sahaja. Itupun 1 assist/1 gol. Lepas tu dia rest.Terkini, Mat Don bersama JDT. Dengan fasiliti yang JDT miliki, rasanya peluang terbaik untuk Mat Don kembali pamer taring.Fasa karier dia meningkat. Dari Liga Perdana ke Liga Super, dari pasukan pencabar Liga ke pasukan kejuaraan yang bermain diperingkat atau level lebih tinggi.

Takkan tak releven lagi kan.

sumber:Don K-Rul IZham