Muncul Kelibat Marlon Alex James

Kelibat Marlon Alex James di atas padang sudah pasti tidak akan dilupakan peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong setia bola sepak Kedah. Dengan tubuh yang tegap serta memiliki penyudah cukup berbisa membuatkan Marlon sentiasa menjadi ancaman pasukan law@n setiap kali beraksi.Selepas kali terakhir berada di Malaysia ketika menyarung jersi ATM pada 2014, bekas penye rang kelahiran Saint Vincent & Grenadines itu seolah-olah mengimbau kembali nostalgia selepas hantaran seorang peminat di laman Twitter, @Sharizamy93 menyaksikan Marlon memakai jersi skuad Harimau Malaya.

Jersi keramat skuad kebangsaan itu dipakai Marlon Alex James ketika beliau sedang mengadakan aktiviti khidmat kemasyarakatan di Union Island, salah sebuah pulau yang terdapat di Saint Vincent & Grenadines. Malaysia ternyata begitu dekat di hati Marlon kerana beliau sudah mula beraksi di Liga Malaysia pada tahun 2004 dengan menyarung jersi MK Land selama dua musim.Karier gemilang Marlon menjelma sewaktu memperkuatkan Kedah sekaligus meraih kejayaan ‘d0uble treble’ pada musim 2006-07 dan 2007-08. Namun jodohnya bersama Kedah tidak bertahan lama selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada ketika itu melar@ng penggunaan pemain import bermula tahun 2008 dan beliau memilih haluan ke Kanada untuk merasai pengalaman baru. Musim 2012 menyaksikan beliau kembali ke Malaysia bagi beraksi untuk ATM tetapi selepas dua musim, Marlon terpaksa diketepikan ekoran kecede raan panjang yang membelenggunya.

Antara pencapaian peribadi yang dinikmati Marlon adalah berjaya meraih gelaran Penjaring Terbanyak Liga Super 2008 (23 jaringan) dan turut dipilih sebagai Pemain Import Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak FAM-100 Plus buat dua tahun berturut-turut iaitu pada 2006-07 dan 2007-08. Kesemua pencapaian ini diterima ketika mengganggotai skuad Kedah.Manakala ketika bersama ATM, Marlon berjaya menjadi Penjaring Terbanyak Liga Super 2013 apabila berjaya menyumbangkan 16 gol.

sumber: semuanyabola