Man Utd Tidak Mahu Sebenarnya

Pasukan Premier League, Manchester United dikatakan tidak mahu pun untuk mendapatkan penye rang berbisa Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane.Spekulasi mengenai pemain perpindahan keluar pemain itu begitu menjadi perhatian ramai pihak namun kini terdapat khabar yang Manchester United sebenarnya tidak mahukan pemain tersebut.Namun mengikut laporan dari Sky Sports, Manchester United mempunyai pilihan lain untuk disambar pada jendela perpindahan selain Kane.

Dalam laporan tersebut, Manchester United dilihat tidak akan menggunakan wang yang banyak untuk mendapatkan pemain seperti Kane sungguhpun mereka mampu.Hal ini kerana, mereka dilihat tidak mahu membayar harga yang mahal kerana Tottenham Hotspur pastinya akan mengenakan yuran perpindahan yang cukup tinggi buat Kane.Sebaliknya, bintang Borussia Dortmund iaitu Jadon Sancho dilihat sebagai sasaran perdana kelab itu untuk dibawa masuk pada musim hadapan.Sancho dilihat sebagai pemain yang cukup mahal, sama seperti Kane tetapi Manchester United dilihat lebih cenderung untuk mendapatkan pemain yang boleh bermain di bahagian sayap dan juga pertah@nan kanan.

Oleh kerana harganya yang mahal, dijangka tidak akan ada perpindahan yang biasa apabila wang ditukarkan dengan pemain. Sebaliknya perpindahan dengan membayar yuran berserta seorang pemain sebagai tukaran dilihat akan berlaku.Malah tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertukaran terus pemain dengan pemain seperti Manchester United menukarkan Henrikh Mkhitaryan dengan Arsenal demi seorang Alexis Sanchez.Selain Sancho, Manchester United turut dikhabarkan berminat untuk dapatkan pemain muda Birmingham City iaitu Jude Bellingham serta Jack Grealish.