Malik Mat Ariff akui ‘dipinang’ tiga pasukan

BEKAS┬ástriker skuad Terengganu FC (TFC), Malik Mat Ariff mengakui telah ‘dipinang’ tiga pasukan untuk mengh@rungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ia adalah satu pasukan Liga Perdana dan dua pasukan Liga Super yang satu daripadanya berada dalam lima kelompok terbaik saingan Liga M musim ini.

Bagaimanapun, Malik yang terkenal dengan gaya permainan linc@h berkata, beliau masih belum membuat keputusan berhubung pasukan pilihannya musim depan selepas kontraknya bersama TFC tidak disambung.

“Setakat ini, saya terima tawaran daripada tiga pasukan yang menyatakan minat untuk menggunakan khidmat saya bersama mereka tetapi saya tidak mahu terbur u-bur u membuat keputusan kerana sudah pasti setiap pemain mahukan yang terbaik untuk kariernya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara pencapaian terbaik pemain kelahiran Beserah, Kuantan, Pahang ini ialah meraih gelaran pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2017 selepas menjaringkan 18 gol ketika bersama Kuantan FA.

Ketika ditanya mengenai faktor yang menyebabkan kontraknya bersama TFC tidak disambung musim depan walaupun pernah membantu pasukan itu menjulang trofi Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, Malik hanya menganggap perkara itu sebagai asam garam dalam kancah bola sepak.

Menurut Malik sepanjang dua musim bersama TFC, banyak ilmu yang dipelajari terutama dengan bekas pengendali skuad itu, Irfan Bakti Abu Salim yang bertanggungjawab membawa beliau ke Terengganu.

“Hanya ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan barisan kejurulatihan yang telah menerima kehadiran saya.

“Sepanjang dua tahun beraksi di sini, saya amat gembira dan insya-Allah jika khidmat saya diperlukan pada masa akan datang, mungkin kita akan bersua kembali,” katanya yang mempunyai ramai peminat di negeri ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *