Malaysia makan besar

Striker s3nsasi skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) mencetak 4 gol manakala striker gantian, Aiman Afif merekodkan hatrik sekaligus membantu Malaysia menumpaskan Brunei DS dengan keputusan 11-0 dalam perlawanan kedua kelayakan Kejuaraan AFC B-19, sebentar tadi.

Sebelum itu, ketua jurulatih Malaysia B-19, Brad Maloney membuat sedikit pertukaran dalam kesebelasan utamanya pada malam ini berbanding ketika men3ntang Kemboja B-19 pada aksi pembukaan sabtu lalu.

Antara kelainan yang dibuat oleh pengendali kelahiran Australia adalah memulakan Sikh Izhan, Aidil Azuan, Azrul Haikal dan Muslihuddin Atiq. 

Seawal  minit ke-17, skuad negara berhasil meng3jutkan pasukan Brunei DS dengan menjaringkan gol pembukaan hasil r3mbatan oleh pertahanan, Azrin Afiq dari luar kotak penalti lawan.

Tidak lama kemudian, striker muda s3nsasi kebangsaan, Luqman Hakim menampilkan taringnya selaku antara 60 pemain muda berbakat dunia dengan menjaringkan hatrik dalam masa tiga minit masing-masing pada minit ke-21, ke-22 dan ke-24 seterusnya membolehkan Malaysia mendahului dengan jaringan 4-0.

Minit ke-33, Brad Maloney terpaksa mengeluarkan Muslihuddin Atiq kerana keced3raan dan memasukkan Aiman Afif.

Sungguhpun mendahului dengan empat jaringan, anak-anak buah Brad Maloney nyata tidak menunjukkan sebarang ihs@n kepada lawannya. Sebanyak tiga gol lagi dijaringkan oleh Azam Azmi Murad, Aiman Afif dan juga Luqman Hakim masing-masing pada minit ke-31, ke-39 dan ke-41.

Babak pertama tamat dengan kedudukan 7-0 berpihak kepada Malaysia.

Pada babak kedua, skuad kebangsaan meneruskan as@kan bertvbi-tvbi ke arah gawang Brunei DS.

Malaysia sekali lagi dihadiahkan s3pakan penalti oleh pengadil perlawanan apabila Luqman Hakim dijatuhkan oleh pihak lawan.

Harith Haikal mudah sahaja menyempurnakannya pada minit ke-59 untuk memastikan kedudukan 8-0 berpihak kepada Malaysia.

Azam Azmi Murad menambah dvka buat Brunei DS apabila bola tolakannya pada minit ke-60 berg0lek masuk ke dalam gawang sekaligus menjadikan kedudukan 9-0.

Brunei jelas tidak dapat mengatasi d0minasi Malaysia sepanjang perlawanan. Hanya beberapa kali sahaja cubaan lemah sampai kepada penjaga gawang muda negara, Sikh Izhan Nazrel.

Penghujung permainan, Aiman Afif menjaringkan tambahan dua gol pada minit ke-85 dan ke-92 sekaligus merek0dkan hatrik dalam perlawanan ini.

Sejurus kemudian, pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan dan Malaysia B-19 mencatatkan kemenangan 11-0 ke atas Brunei DS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *