Malaysia Bungkus Awal Di bedal Kemboja

Skuad Kemboja Bawah 22 Tahun (B-22) menunjukkan Malaysia B-22 jalan keluar daripada saingan Sukan SEA 2019 selepas mencatatkan kemenangan 3-1.

Kemenangan itu membolehkan mereka meraih tiga mata sekaligus menduduki tangga ke-2 peringkat Kumpulan A dengan 7 mata di bawah Myanmar.

Tiga jaringan oleh Kemboja B-22 itu dijaringkan oleh In Sodavid, Sieng Chanthea dan Keo Sokpheng masing-masing pada minit ke-55, ke-57 dan ke-68.

Pengendali skuad Har!mau Muda, Datuk Ong Kim Swee ada melakukan beberapa pertukaran untuk kembali bangk!t mengatasi pihak lawan.

Akhyar Rashid dan Quentin Cheng dibawa masuk menggantikan Syamer Kutty Abba dan Hadi Fayyadh.

Bagaimanapun, skuad muda negara masih tidak mendapat rentak, tiada keserasian serta longlai hampir ke penghujung perlawanan.

Hanya pemain gantian, Quentin Cheng berhasil menjaringkan gol tunggal buat Malaysia pada minit ke-89.

Tamat perlawanan, Kemboja B-22 mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Malaysia B-22 dan menamatkan saingan pada kali ini di tangga ke-4 peringkat kumpulan.