Makan Dah Kenyang ,Masa Nak Bayar Baru Tahu Hal Sebenar

Jauh perjalanan banyak pengalaman. Bagi pengembara berbasikal, Mohd Kharbi yang sering berbasikal merantau ke pelos0k dunia, pastinya banyak pengalaman dan kenangan yang boleh dikongsikan ke anak cucunya nanti. Ada yang pahit, manis dan tak kurang pula ada yang mencuit hati.

Baru-baru ini, beliau berkongsi kisah melucukan di mana dia telah tersilap masuk ke rumah orang yang disangkakan sebuah kedai makan.

Semuanya kerana terlalu penat dan lapar setelah mengayuh lebih 70 kilometer dalam keadaan perut kosong. Jom baca perkongsiannya.

“Mulanya ingatkan kedai, bila nak balik, tanya berapa ringgit. “Kenapa nak bayarnya, bukannya kedai.”

“Adoii, tak malunya pagi-pagi makan kat rumah orang.”

Makcik siap sendukkan lagi, memang layanan macam kat kedai

Tambah Mohd Kharbi, dia menyangka rumah itu merupakan kedai makan gara-gara susunannya yang mempunyai ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan seperti di gerai makan.

Lebih memalukan, wanita warga emas di situ siap menyendukkan nasi buatnya. Betul-betul macam layanan di kedai.

Sumber: Mohd Kharbi