main tak bagus dapat penampar

KETUA jurulatih pasukan bola sepak remaja dirakam sedang menampar beberapa pemain kerana prestasi mereka yang kurang memberangsangkan.

Video melibatkan Halit Kurt yang juga jurulatih pasukan muda di Turki itu menjadi tular dan menerima kecaman ramai.

Menerusi rakaman berkenaan, dia berjalan masuk ke bilik persalinan sebelum menampar setiap pemain di wajah mereka.

Malah, bunyi tamparan yang hinggap di wajah turut kedengaran jelas dalam video itu.

“Saya akan bunuh kamu, memalukan,” jeritnya dalam video itu.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada tahun 2016 hingga 2017.

Menjelaskan hal itu, Kurt berkata tindakan memukul pemain merupakan amalan normal dalam sukan berkenaaan.

Dakwanya, pendekatan itu memberi motivasi ekstra dalam diri pemain.

Tambah Kurt lagi, pendekatan tersebut bukan sahaja wujud di Turki malah turut diamalkan di seluruh dunia. – Daily Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *