Maaf Tak Boleh Cakap ,Ini Hal Peribadi

Penye rang sayap Pahang, Mohamadou Sumareh mahu memberikan segala tumpuannya untuk mempersiapkan diri bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2020 yang akan bermula tidak lama lagi.

Justeru, pemain berusia 25 tahun itu mengelak untuk memberikan sebarang komen mengenai penghijrahan atau haluannya selepas daripada ini menurut laporan oleh Stadium Astro.

Terdahulu, pemain naturalisasi kelahiran Gambia ini dikaitkan dengan perp!ndahan ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ianya selepas pemilik pasukan berkenaan memuat naik sebuah foto melibatkan lima pemain H@rimau Malaya dengan caption ‘JDT Family’. Sumareh turut kelihatan di dalam foto tersebut. Maaf, saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang. Ia perkara peribadi. Apabila sudah tiba masanya, lihat nanti. Saya meminta maaf,katanya.

Sementara itu, Sumareh turut menyatakan perasaan sedihnya terhadap perpindahan Matthew Davies ke skuad H@rimau Selatan namun perkara itu tidak mem@tahkan semangatnya untuk mengharungi saingan musim ini bersama Pahang.

“Jelas sekali, kehilangan kapten dan rakan baik, ia menyentvh em0si tetapi kami harus teruskan perjuangan. Kini, kami perlu fikirkan saingan liga, itu lebih penting,” tambah Sumareh.

Skuad Tok G@jah akan membuka saingan CIMB Liga Super 2020 dengan menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 29hb februari ini.

Foto: Pahang FA

sumber:foxsport