Maaf Ogos Tak Boleh ON

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia mengesahkan kerajaan Pusat tidak meluluskan permohonan pihaknya untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia musim ini pada Ogos.Keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri itu, disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia , Datuk Hamidin Mohd Amin; Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam.

Susulan itu, MFL hari ini mengumumkan beberapa perancangan baharu mereka dalam usaha meneruskan saingan Liga M berpandukan kepada maklum balas Majlis Keselamatan Negara , Kementerian Kesihatan Malaysia dan KBS serta perbincangan bersama rakan kongsi liga pada 19 April lalu.Berdasarkan perancangan terbaharu itu, MFL merancang meneruskan saingan Liga Super serta Liga Perdana pada 1 dan 2 September ini dan akan berakhir pada 26 dan 27 September 2020 dengan saingan secara separuh liga sahaja.

Menerusi format itu, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga perlawnan ke-11 dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti yang sudah ditetapkan.Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November, manakala Piala FA dan dan Piala Cabaran dibatalkan.Format pertandingan Piala Malaysia juga dirombak dengan tiada saingan peringkat kumpulan manakala saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.Ab Ghani berkata perbincangan MFL bersama pemegang taruh memberikan isyarat p0sitif dalam usaha meneruskan kembali saingan Liga M musim ini, namun segala perancangan masih tertakluk kepada arahan dan saranan terbaharu daripada MKN, KKM dan KBS.

Jadi dengan pengumuman penjadualan Liga Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu semua pasukan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku apabila pihak MKN, KKM dan KBS membuat ketetapan baharu mengenai perkembangan wabak C0VID-19.Apa yang jelas di sini bahawa, Ahli Lembaga Pengarah MFL memiliki kuasa untuk merombak dan meminda format pertandingan atas sebab isu wabak C0VID-19 dan PKP oleh pihak kerajaan.

Diharap dalam jangkamasa lebih tiga bulan sebelum perancangan ini dijalankan, keadaan wabak COVID-19 yang melanda negara ini akan beransur pulih serta PKP dapat dilonggarkan jadi marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti biasa, katanya.Berdasarkan perancangan baharu kalendar Liga M, MFL turut menetapkan juara Liga Super kekal untuk meraih slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2021 manakala juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super akan mendapat slot ke Piala AFC 2021.Bagaimanapun jika MKN, KKM dan KBS masih tidak membenarkan saingan Liga M diteruskan sehingga September 2020 akibat wabak COVID-19, semua pertandingan domestik terpaksa dibatalkan.

Berikutan itu, kelayakan pasukan Liga M ke pertandingan kelab anjuran Konfederasi Bolasepak Asia 2021 ditentukan berdasarkan merit dengan juara Liga Super 2019 akan mendapat slot automatik ke ACL 2021 manakala naib juara Liga Super dan juara Piala FA 2019 akan mendapat slot ke Piala AFC 2021.Mengikut perancangan baharu MFL itu juga, setiap perlawnan akan diadakan tanpa penonton seperti ditetapkan oleh MKN dan KKM disebabkan penularan wabak C0VID-19.