Luqman Tidak Bersama Skuad Utama

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan kemungkinan perlu menunggu lebih lama untuk melihat penyrang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin meraih caps pertamanya di Liga Pro Jupiler musim ini.Luqman, 18, yang menyertai kelab utama Belgium, KV Kortrijk selama lima musim masih menanti peluang untuk diturunkan meskipun sudah merekodkan dua gol dalam dua @ksi persahabatan.

Sebelum ini, ayam tambatan itu berjaya membantu skuad utama meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan pemanas badan menent@ng BX Brussel dengan dia meled@k satu gol dan satu lagi ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK ketika tewas 1-4.Menurut sumber, fokvs Luqman ketika ini untuk membina otot dan fizikal lebih baik memandangkan tahap liga Belgium yang dilihat cukup sengit dan amat k0mpetitif.

Begitupun, ia tidak bermakna Luqman tiada dalam perancangan pasukan tetapi pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu perlu diberi masa menyesuaikan diri dengan ekosistem bola sepak Eropah.

Sejak Luqman tiba di KVK, dia menunjukkan prestasi cukup bagus dan komitmen tinggi sepanjang latihan. Paling utama, Luqman memiliki p0tensi untuk menyinar dan kelebihan yang ada sudah tentu kelajuan.

Dia memang laju berbanding pemain lain dan itu aset KVK. Tapi pasukan mahu beri lebih masa kepada Luqman terutama membina otot, fizikal dan kecergasan supaya dia benar-benar sedia untuk diturunkan kelak.Apapun, kita doakan Luqman berjaya dan beraksi dalam skuad utama tidak lama lagi, kata sumber.

Berdasarkan tinjauan Arena Metro di laman sosial rasmi KVK sama ada di Facebook mahupun Instagram, kelibat Luqman tidak kelihatan bersama pasukan utama kendalian, Yves Vanderhaeghe.Sebaliknya mungkin Luqman kembali menjalani latihan dengan skuad simpanan KVK bagi meningkatkan lagi tahap permainannya.

sumber:HM

Kali terakhir penyrang skuad B-19 tahun negara itu menjalani latihan dengan skuad utama dua minggu lalu untuk persiapan @ksi persahabatan menent@ng BX Brussel.