Luqman Hakim tak menjadi

MANILA: Ketiadaan Safawi Rasid nyata memberi k3san kepada skuad bawah 22 tahun (B-22) negara apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi sulung Kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Rizal Memorial di sini, sebentar tadi.

Pemain muda, Luqman Hakim Shamsuddin yang diberi peranan bagi mengisi tempat Safawi bagaimanapun gagal memainkan peranannya dalam formasi 3-4-3 yang digunakan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee.

Selain Luqman, Kim Swee turut memberikan kepercayaan kepada seorang lagi pemain muda, Umar Hakeem Suhar Rezwan untuk berada dalam kesebelasan namun pengalaman menjadi pemisah buat pemain itu.

Kedua-dua pemain berusia 17 tahun itu dikeluarkan pada awal babak kedua perlawanan.

Terdahulu, Myanmar bermula g@rang apabila membuka tirai jaringan menerusi tandukan striker, Soe Moe Kyaw yang menyudahkan sepakan sudut pada minit ke-14.

Striker negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul peny3lamat apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-24 hasil hantaran Muhammad Akhyar Rashid.

Skuad negara membazirkan beberapa peluang terhidang bagi menjaringkan gol kemenangan terutama di lewat babak permainan.

Aksi kedua akan menyaksikan anak buah Kim Swee menentang tuan rumah Filipina, Jumaat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *