Luqman Dalam B@haya

Peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menegaskan betapa dia enggan hanyut dengan setiap pujian yang diberikan ke atas dirinya.

Pemain berusia 18 tahun itu yang akan menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk berkata, dia masih berpegang kepada nasihat daripada jurulatih sejak di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) supaya tidak meletakkan pujian sebagai perkara paling atas untuk terus maju.

Katanya, sebagai pemain bola sepak, segala pujian yang diterima boleh dijadikan sebagai m0tivasi untuk mengejar pencapaian yang lebih baik dalam kerjaya.

“Jurulatih saya sendiri cakap kalau dapat pujian kita jangan bangga diri. Anggap ini sebagai rezeki kita dan jangan letak pujian yang orang berikan terlampau tinggi atau atas sekali.

“Kalau kita bermain dengan pujian dan bangga diri, kita akan jadi besar kepala yang akhirnya kita akan jatuh dengan pujian. Bah@ya juga pujian ini, kadang-kadang bagus dan kadang-kadang tidak.Seeloknya jadikan ia sebagai inspirasi untuk menuju ke hadapan, kita tak boleh hanyut dengan pujian,” katanya kepada BH Sukan.

Nama Luqman terus mendapat perhatian selepas dia dicalonkan dalam senarai 80 pemain muda bagi Anugerah Golden Boy 2020 oleh media Belanda, 433.

Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang besar apabila disenaraikan bersama beberapa bintang muda di Eropah termasuk Erling Braut Haland (Borussia Dortmund), Ansu Fati (Barcelona), Phil Foden (Manchester City) dan Callum Hudson-Odoi (Chelsea).

Malah, berdasarkan undian semasa oleh peminat bola sepak sehingga tengah hari semalam, Luqman mendahului pesaingnya dengan meraih 10 peratus daripada undian keseluruhan.

sumber:BH

Pemain Sporting CP, Eduardo Quaresma dan pemain Dynamo Kyiv, Heorhiy Tsitaishvili kedua tertinggi dengan lapan peratus, manakala Haaland yang juga calon pilihan untuk memenangi anugerah itu memperoleh empat peratus undian.