Lubang dekat depan cuping telinga anak saya ni, berbaulah

“Lubang dekat depan cuping telinga anak saya ni, berbaulah. Kenapa eh, doktor?

Lubang di hadapan cuping telinga itu namanya preauricular sinus. Ia adalah sejenis kecacatan yang terbentuk semasa perkembangan janin dalam kandungan ibu.

Sinus ini adalah lubang kecil yang menuju terowong buntu. Ia adalah kecacatan yang diwarisi secara genetik/keturunan. Sesetengah individu memiliki sinus ini di kedua-dua belah telinga.

Lazimnya individu yang mempunyai preauricular sinus tidak mempunyai apa-apa gejala atau masalah. Namun begitu, sesetengah individu pula mengalami jangkitan yang berulang dan bernanah pada sinus berkenaan.

Antara tanda-tanda jangkitan pada preauricular sinus adalah:
◾Sakit
◾Kulit kemerahan
◾Bengkak
◾Bau busuk
◾Bernanah

Jika telinga anda ada tanda-tanda di atas, berjumpalah dengan doktor segera, kerana jika tidal dirawat, komplikasi berikut boleh berlaku:
◾Selulitis (radang lemak bawah kulit)
◾Perichondritis(radan tulang rawan telinga)
◾Keloid(Parut yang besar)
◾Ulser kulit

Rawatan:
◾Jangkitan lazimnya dirawat dengan ubat antibiotik ubat analgesia dan ubat anti-keradangan.
◾Jika jangkitan sinus preauricular kerap terjadi, doktor akan syorkan pembedahan buang sinus itu.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan Kita, Tanggungjawab Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *