Liverpool Ratapi Kegagalan

Kisah tunjuk Piala emas ni memang bagus. Tanda pencapaian Arsenal. Aku suka gila team Arsenal Invincible tu.Kepada fans Liverpool yang meratapi kegagalan dapat trofi emas tu sebenarnya korang kr!tikal sangat dengan team sendiri.

Jangan lupa pencapaian Liverpool menjadi penyimpan tunggal Piala UCL tulen bukan replika ataupun gred copy ori AA.Biasanya piala tu kena pulang balik dan digantikan dengan replika.UEFA terpaksa buat baru next season selepas kejuaraan 2005 sebab bagi piala sebenar tu kat LFC yang angkat kejuaraan kelima serta layak menerima Badge of Honor.

Team yang ada trofi sebenar / real trophies ini adalah

Real Madrid
Ajax ( sebab memang 3 kali Straight)
Bayern (sebab menang 3 kali Straight pada 1976)
AC Milan (Menang 5 kali)
Liverpool ( menang 5 kali)

Tapi dalam data UEFA kenapa tiada Barcelona? Ke aku terlepas pandang? Mohon rakan rakan Barca jelaskan. Sedangkan mereka ada 5 UCL Dan Pakai Badge of Honor.Jadi kalau korang berkunjung ke Anfield dan buat lawatan ke galeri Liverpool, korang sebenarnya boleh bergambar dengan real trophy UCL. Hanya satu di England buat masa ni.

Dan jika kau pergi Anfield tahun ni sebelum final UCL 2020, kau boleh bergambar dengan dua real trophies UCL.Lepas ni trofi tu akan dikembalikan dan ditukar dengan replika.

Dan kalau kau berkunjung ke Manchester, hanya Man United ada simpan UCL. Dan di London pula, kalau kau gatal sangat nak bergambar dengan trofi UCL, sila ke kompleks Chelsea. Itu sahaja yang ada trofi UCL di London.Cuma korang tak akan jumpa lagi la trofi EPL yang baharu tu. Yang tu kau kena pergi tahun depan ok.Dah teruskan hidup.

Kredit:Axello Riise