Liridon Pun Tidak Mampu Halang Kelantan FA

Kelantan FC mengesahkan tempat ke saingan Piala Malaysia selepas menang 1-0 ke atas Johor Darul Ta’zim II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Daniel Ashraf Abdullah pada babak pertama sudah memadai buat skuad The Red Warr!ors mengutip tiga mata untuk menamatkan saingan liga di tangga keempat selepas mengumpul 18 mata.

Dalam perlawnan itu, pengendali JDT II, Rafael Gil Sanchez melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama pada @ksi terakhir liga apabila mempertaruhkan Kei Hirose selaku pemain imp0rt tunggal dan membariskan pemain muda termasuk penampilan pertama Irfan Fazail.

Percaturan taktikal itu hampir mengundang jaringan buat rumah selepas bola lintang Mohamad Rafiefikri Rosman seawal minit kelima menyaksikan bola terkena palang gol ketika penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin sudah tertew@s.

Namun berpunca daripada kesilapan bent3ng pertah@nan tuan rumah dan penjaga gol Haziq Nadzli pada minit ke-27, membuka ruang buat Daniel Ashraf bertindak pantas menolak bola ke gawang yang kosong membolehkan skuad TRW mendahului 1-0.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Adib Zainuddin dilayangkan kad merah pengadil perlawnan, Abang Azharudin Abdullah pada minit ke-31 selepas didapati mengkasari pemain pelawat yang berada dalam situasi menjaringkan gol.

Tuan rumah mula mengatur ser@ngan bertali arus bagi memburu gol penyamaan sebaik babak kedua bermula namun buntu memecah keampuhan bent3ng anak didik Yusri Che Lah dan kedudukan 1-0 yang memihak TRW kekal sehingga tamat perlawnan.

sumber:BH