Liridon Dikaitkan Ke Kelab Australia

Selepas dikaitkan akan kembali ke Kedah, nama Liridon Krasniqi kini turut disebut-sebut bakal dipinjamkan Johor Darul Ta’zim ke kelab Australia, Newscastle Jets.

Ia selepas sebuah akaun Twitter program radio berkaitan bola sepak di Austalia, Soccer Stoppage Time mendakwa pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang membantu kelab A-League itu meminjamkan dua pemain.

Pada ciapan berkenaan, laman Twitter itu menyebut nama Liridon dan bintang muda baharu JDT dari Indonesia, Syahiran Abimanyu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari Tunku Ismail atau JDT sendiri mengenai khabar angin itu. ‘Mat Don’ lengkapkan skuad berpengalaman Melaka United
Sebelum ini, Liridon yang juga pemain naturalisasi H@rimau Malaya turut didakwa bakal dipinjamkan ke pasukan Kedah musim ini.

BH Sukan sebelum ini turut melaporkan Tunku Ismail mengakui Syahiran adalah perancangan jangka panjang kelab itu dan akan dipinjamkan ke luar negara.

Selain itu, satu lagi spekulasi membabitkan JDT yang sedang hangat bermain di media sosial mengenai dakwaan bahawa pemain Argentina, Jonathan Herrera akan menyertai skuad H@rimau Selatan.

sumber:BH

Penyrang berusia 29 tahun itu didakwa akan tiba Sabtu ini dan bakal bersama JDT selama tiga tahun.Namun, belum dapat disahkan sepenuhnya mengenai spekulasi itu kerana JDT juga belum membuat sebarang pengumuman atau kenyataan rasmi mengenai dakwaan berkenaan.