Liga Belum Mula Sudah Timbul Masalah FIFA

Liga Malaysia musim 2021 belum pun lagi bermula. Namun kemungkinan akan ada kes membabitkan kelab-kelab bertanding diheret ke K0nfederasi Bola Sepak Antarabangsa sudah pun mulai kedengaran.Dalam kesibukkan kelab-kelab Liga Malaysia melakukan persiapan masing-masing, sudah ada perkhabaran yang tidak sedap didengar berkaitan kontrak.

Beberapa hari yang lalu Kuala Lumpur United FC telah melantik Jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak selaku Ketua Jurulatih pasukan itu pada musim ini.Bukan kredibiliti Hodak yang mahu dipersoalkan. Namun tindakan Kuala Lumpur United FC melantik Hodak tatkala terlebih dahulu telah bersetuju untuk menerima khidmat jurulatih dari Chile, Elissetche Correa Simon Pablo kini menjadi tanda tanya.

Menurut sumber Semunya BOLA, Elissetche Correa Simon Pablo turut telah menandatangani kontrak bersama skuad Warga Kota sebelum dimaklumkan khidmat beliau tidak diperlukan atas sebab yang tidak masuk akal.

Menurut peraturan Liga Malaysia, setiap jurulatih asing perlu mendapat kelulusan mendapat kelulusan/kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia sebelum boleh memberikan khidmat dengan mana-mana kelab.

Kuala Lumpur United FC dipercayai turut telah mendapatkan kebenaran secara bertulis kepada FAM pada 31 Disember lalu.Namun hanya dalam tempoh seminggu, kontrak Elissetche Correa Simon Pablo ditamatkan atas alasan pasukan Kuala Lumpur United FC perlu menjalani latihan pra musim untuk persiapan Liga Malaysia dengan kadar segera.

Di dalam isu ini, tindakan dan pr0fesionalisme Kuala Lumpur United FC sudah tentu akan dipersoalkan.Adakah terdapat perkara lain di sebalik pen@matan kontrak Elissetche Correa Simon Pablo yang berlaku secara tiba-tiba ?

Mengapa perlu melantik atau menawarkan kontrak kepada Elissetche Correa Simon Pablo dan menamatkannya hanya selepas seminggu, tatkala jawapan daripada FAM belum lagi diperolehi?Bagaimana dengan hak jurulatih dari Chile, Elissetche Correa Simon Pablo selepas ini?

sumber:semuanyabola

Satu perkara yang pasti satu lagi kes FIFA membabitkan kelab Liga Malaysia sudah pasti tidak memberikan gambaran yang baik kepada bola sepak kita. Apatah lagi sa!ngan Liga Malaysia musim ini belum pun lagi bermula. Ia pasti bukan permulaan yang kita semua harapkan.