Legenda Bolasepak Bercanggah Pendapat Isu AMD

Bekas pemain bolasepak negara, Richard Scully mengatakan beliau mendapati tindakan Akademi Mokthar Dahari (AMD) untuk meletakkan harga bagi setiap graduan mereka adalah satu tindakan yang wajar.

Menurut laporan BERNAMA, beliau yang juga merupakan Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat Program Pembangunan BolaSepak Negara (NFDP) berkata, sepatutnya polisi itu dilakukan lebih awal lagi dan bukannya bermula pada 2020.

Akan tetapi, ianya terpaksa dilakukan pada tahun hadapan selepas mengalami kekangan akibat rasa tidak puas ha ti sesetengah pihak dengan pelaksanaan polisi itu.

“Saya rasa sudah tiba masa kita letakkan tanda harga kepada para pemain di Akademi Mokthar Dahari kerana mereka berada dalam satu generasi bertempoh lima tahun.”

Dalam perkembangan terkini, generasi pertama graduan AMD telah pun mempunyai jalan mereka dalam saingan bolasepak Malaysia apabila dua pasukan Liga Super telah tampil mengikat para pemain tersebut.

Selangor mendapatkan sebahagian besar para graduan generasi pertama AMD ini sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan enam pemain.

sumber :semuabola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *