Legend Super Sub Kedah

S THANASEGAR NO 6! . Sebelum Pogba menyarung jersi No 6, Thanasegar sarung dah, sebelum Thanabalan ada di Kedah, Thanasegar sudah ada disini. ▪️Posisi : Sayap/Penyerang. ▪️No Jersi : 6. ▪️Asal : Bukit Selambau, Sp, Kedah. ▪️Tarikh lahir : 11 Mei 1974. ▪️Pencapaian : 1993, Juara Liga Bahagian 1 & Juara Piala Malaysia. 1994, Juara Piala Sumbangsih. S Thanasegar, satu nama satu ketika lalu yang sering menjadi sebutan para penyokong setia hijau kuning. Manakan tidak dengan kelibat beliau yang lebih banyak digunakan sebagai SUPER-Sub, jarang mengecewakan apabila mendapat peluang untuk diturunkan, pastinya beliau membalas kepercayaan yang diberikan dengan sentuhan-sentuhan gol pemvsnahnya.

Mempunyai kepantasan mencari & menghidu peluang S Thanasegar, begitu berbisa didepan gol lawan. Aksi dengan satu permainan yang cantik & skil tersendirinya, ketika itu begitu menggusarkan pihak lawan. Saya masih ingat di Darul Aman satu ketika, bila jurulatih Robert Rene Alberts memasukkan beliau & beliau hanya dalam beberapa minit permainan lantas dengan pantas berjaya menjaringkan gol. S Thanasegar juga Pernah juga mendapat panggilan & mewakili skuad kebangsaan utk beberapa ketika sepanjang kerier beliau. Itulah S Thanasegar.

Antara pemain yang berbangsa India yang di lahirkan oleh Kedah yang dikira sebagai antara yang berjaya ketika mewakili pasukan Kedah. Biarpun pengakhiran yang mengecewakan dalam kerier beliau, jasa-jasa beliau tetap subur dalam sejarah kehebatan bolasepak negeri Kedah Darul Aman. Buat S Thanasegar No 6, jasa bakti anda buat negeri Kedah pasti akan dikenang sampai bila bila, BIAR JASA JADI KENANGAN. *Gambar ketika aksi beliau bersama Kedah dalam kempen Liga Perdana musim 1994, menentang pasukan Melaka dimana Kedah unggul untuk menang 3-0. .

Sumber: MHazriq Fahimy Abdullah