Legend Number 19

CHE ZAMBIL AHMAD ! . Asal : Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Tarikh Lahir : 03 hb Ogos 1974 Posisi : Penye rang No Jersi : 19 . Anak kelahiran Felda Sungai Tiang, produk tulen lahir dari limpahan bakat besar dari negeri Kedah Darul Aman. Antara penye rang lagenda Kedah yang pasti dikenang sebagai seorang yang bertanggungjawab membawa dan menghadiahkan pelengkap kejuaraan untuk pasukan negeri Kedah untuk kejuaraan pertama kalinya dalam sejarah bolasepak Kedah ,Piala Fa 1996. JARINGAN tunggalnya cukup bagi memastikan Kedah menang 1-0 untuk mengatasi pasukan Sarawak pada aksi Perlawnan Akhir Piala Fa di Stadium Merdeka disamping menghadiahkan pelengkap kejuaraan seluruh piala yang dipertandingkan didalam negara telah Kedah kecapi.

Pernah menjadi rebutan beberapa pasukan gergasi tanah air serta mewakili negara dalam beberapa kejohanan, Che Zambil pada ketika itu adalah merupakan aset yang amat berharga buat pasukan Kedah dengan memiliki kepantasan serta sentuhan penyudah yang tajam dihadapan gol. Mempunyai cerita peribadi sensasi dengan artis jelita tempatan pada masa itu, namun bukan penghalang buat beliau untuk terus juga sensasi menjadi wira Kedah.

Jasa serta sumbangan Che Zambil amat besar dan pasti akan terus dikenang sepanjang zaman oleh penyokong setia hijau kuning. Lagenda sepanjang zaman. Untuk lagend Che Zambil Ahmad, BIAR JASA JADI KENANGAN! .

Kredit : MHazriq Fahimy Abdullah)