Leandro Dos Santos Tiada Dalam Senarai

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd Nadzri menjelaskan pihaknya tidak bercadang untuk menjadikan pemain tengah import skuad The Bos Gaurus iaitu Leandro Dos Santos sebagai pemain naturalisasi dalam masa terdekat.

Berdasarkan rekod, Dos Santos telah beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun 2014 bersama pasukan T-Team dan kemudian beliau menyertai Selangor pada tahun 2015 sebelum kembali semula ke Brazil pada tahun 2016.Pemain yang berusia 33 tahun itu telah menyarung jersi Perak sejak tahun 2017 sehingga kini sekaligus semakin memenuhi syarat 5 tahun seperti yang termaktub dalam peraturan naturalisasi oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Sebenarnya kita tak fikir pun ke arah itu kerana ia terpulang kepada pemain itu sendiri dalam merencanakan masa depannya. Melainkan jika dia (pemain) yang menyatakan hasrat bersungguh-sungguh kepada kita,” jelas Mohamad Azlin seperti dipetik dalam Sinar Harian. 

Leandro Dos Santos

SUMBER GAMBAR: PAHANG FA

Ketika ini, PAFA sedang menunggu kelulusan daripada FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendaftarkan penyerang import dari Brazil, Guilherme De Paula sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia 2020.

Minggu lalu, FAM mengumumkan Liridon Krasniqi sebagai rakyat Malaysia yang sah manakala proses permohonan De Paula mengambil masa yang lama dan bakal diketahui pada minggu hadapan.

“Saya difahamkan, permohonan de Paula (bagi mendapatkan kerakyatan warganegara Malaysia) telah dihantar bersama-sama permohonan Liridon (Krasniqi), namun hanya permohonan Liridon seorang yang diluluskan manakala permohonan de Paula pula perlu tunggu dalam tempoh seminggu dua lagi.“Jadi saya harap segala urusan dokumentasi mengenai permohonan de Paula dapat diselesaikan segera. Apapun, jika dia sudah menjadi pemain naturalisasi, kita akan tengok pula pada keperluan pasukan, jika perlu barulah kita ambil seorang lagi pemain import,” katanya.

Sekiranya permohonan De Paula dan Liridon mendapat lampu hijau daripada FIFA, mereka kemungkinan akan dipanggil untuk memperkuatkan H@rimau Malaya dalam sa!ngan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sumber:vocket