Layak Ke Malaysia Nak Lawan Argentina?

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui sukar untuk skuad Malaysia mengatur perlawanan berdepan pasukan ranking teratas dunia seperti Argentina dan Sepanyol.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peminat bola sepak sama ada FAM boleh mengatur aksi menen tang pasukan Argentina, Sepanyol atau Itali yang disiarkan badan induk itu pada program Anda Tanya, Presiden Jawab menerusi Youtube hari ini.

Untuk melawan pasukan yang bertaraf ranking 10 teratas dunia, memang sukar kerana mereka akan bertanding dengan pasukan yang setaraf dengan mereka.

Ia kerana ranking atau mata itu perlu dikira dan saya rasa buat ketika ini memang sukar untuk mel@wan pasukan di ranking 10 atau 20 teratas, katanya.

Menerusi ruangan Anda Tanya, Presiden Jawab itu, peminat diberi peluang bertanyakan apa sahaja soalan mengenai bola sepak negara.

Semua soalan itu akan dijawab sendiri oleh Hamidin menerusi rakaman video berdurasi lebih 20 minit.

Dalam pada itu, Hamidin turut menjawab beberapa soalan yang tidak berkaitan dengan bola sepak yang turut ditanya oleh peminat menerusi program berkenaan.

Antaranya, beliau mengakui mungkin akan menjadi penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah sekiranya tidak menjadi Presiden FAM.

Kalau saya bukan presiden bola, saya mungkin akan jadi penyanyi macam Datuk Jamal Abdillah, katanya.

Selain itu, Hamidin juga mengakui mahu beraksi di posisi striker atau penjaga gol sekiranya menjadi pemain bola sepak.

Posisi saya adalah striker, kalau takda (posisi itu), penjaga gol…Selamat Hari Raya, katanya.