Latihan Pasukan Liga Premier Ini Dibatalkan Sebab Pemain P0sitif C0v!d

PERSIAPAN rancak Kuching FA bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) tersentak apabila salah seorang pemain kelab Liga Premier itu disahkan p0s!tif C0v!d-19.

Menurut Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan yang mengesahkan perkara itu, buat masa ini semua aktiviti dan sesi latihan kelab diberhentikan sementara bagi mengikuti panduan dan arahan pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan anggota masyarakat.

“Pemain yang disahkan positif C0v!d-19 itu bertugas di Hospital Sentosa dan diklasifikasikan daripada kluster Hospital Sentosa.

“Apapun Kuching FA sentiasa memberikan keutamaan kepada pematuhan tahap tinggi terhadap setiap pr0sedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian kami bagi memutuskan rantaian C0v!d-19.

Sama-sama kita doakan agar semua pemain dan staf kejurulatihan Kuching FA dijauhkan dari p@ndemik C0v!d-19 dan semoga pemain tersebut cepat sembuh, katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

sumber:SH

Situasi terbaharu yang berlaku di kem Kuching FA itu sekali gus mencetvskan persoalan tentang penganjuran Liga-M yang dijadualkan berlangsung kembali mulai 26 Ogos depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *