Lapan Pasukan Ini Masih Bukan Hak Milik Kelab Sepenuhnya

Beberapa topik yang menarik telah diterangkan oleh FAM semalam kepada media-media tempatan dan kami akan menerbitkan artikel mengenai perkara itu secara berperingkat kepada pembaca untuk lebih jelas.

Berdasarkan pembent@ngan mengenai topik FC Management Team, 8 dari 21 buah pasukan didapati masih ‘dimiliki’ oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing atau kira-kira 38%.

Senarai 8 buah pasukan tersebut adalah Kedah Perak Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Terengganu Sarawak Sabah Semua pasukan diatas ber0perasi dibawah syarikat yang telah didaftarkan, namun mengikut pembentangan semalam, syarikat tersebut ketika ini dimiliki oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

Berkemungkinan juga, disebabkan situasi semasa yang berkaitan sedikit sebanyak menghal@ng beberapa pihak untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersebut seterusnya ‘memutuskan’ ikatan diantara kelab dan persatuan bola sepak negeri.

VOCKETFC akan menerbitkan artikel selanjutnya mengenai owner dan nama syarikat bagi semua 21 pasukan untuk rujukan semua peminat bola sepak Malaysia.

sumber:Vocketfc