Lama Beliau Berkelana

KEHADIRAN penjaring terbanyak Piala Cabaran musim 2018 Michael Ijezie, memberi harapan besar buat kelab Langkawi City FC (LCFC) dalam memberi saingan terbaik untuk aksi kejuaraan Liga M3 musim ini.

Meskipun Liga Malaysia (Liga M) terhenti kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia, kesungguhan pemain-pemain baharu untuk kekal bersemangat tidak pernah luntur dalam usaha menjadikan LCFC antara pasukan pilihan pada musim ini.

Pengurus Pasukan LCFC, Mohd Noor Mohd Amin berkata, kesungguhan serta fokus yang ditunjukkan oleh pemain kelahiran Nigeria ini tetap diteruskan, malah beliau bersama rakan sepasukan terus berusaha lebih keras bagi memastikan prestasi pasukan berada pada tahap terbaik.

Ijezie antara pemain asing yang sudah lama berkelana dalam kancah Liga M ‘seangkatan’ dengan Forkey Doe dan Patrick Wleh sejak kouta untuk pemain import dibuka semula pada tahun 2012.