lagu raya loghat Perak

SHAH ALAM 17 Mei – Selepas menghasilkan single Jom Balik baru-baru ini, kartunis dan penyanyi, Boy PJ sekali lagi menampilkan lagu hari raya dengan loghat Perak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Boy PJ atau Norazman Samsuddin berkata, konsep album masih berkisar kisah masyarakat, namun kali ini lagu yang dihasilkan memberi fokus kepada kegirangan untuk pulang ke kampung.

“Lagu bertajuk Jom Balik Raya Wehhh disampaikan dalam rentak rock n roll. Lagu ini lagu ciptaan dan lirik saya sendiri dengan susunan muzik oleh Cikgu Shaimie.

“Kali ini saya bergabung dalam mini album dengan tiga artis baharu lain iaitu kumpulan nasyid Soutul Aminin, band Brother Solah dan Say MJ, masing-masing menyampaikan lagu berkaitan puasa dan hari raya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *