Seorang Lagi Pemain Kedah ,Kontrak Tidak Disambung

Pemain sayap kebangsaan, Mohd Hadin Azman tidak lagi bersama skuad Helang Merah dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila kontraknya tidak disambung menurut kenyataan rasmi dari laman facebook FA Kedah.

Pemain yang berusia 26 tahun itu sempat beraksi dalam 13 perlawnan dan menjaringkan 3 gol pada musim ini.Jangka masa aksi k0mpetitif yang singkat seperti mencemburui beliau, prestasi turun naik dan kecedraan menghadkan prestasi sebenar ketika bersama Kedah.

Sudah pasti statistik kurang memberangsangkan dengan reputasinya cukup tajam ketika bersama Felda United FC pada tahun sebelumnya, namun sumbangan khidmat beliau amat penting dengan membantu Kedah muncul Naib Juara CIMB Liga Super seterusnya layak ke Piala AFC musim 2021.

Keputusan pasukan tidak mudah dengan barisan kejurulatihan mempunyai pelan persediaan pasukan berbeza dan rezeki Hadin bersama skuad hijau kuning hanya semusim, kata kenyataan rasmi daripada KFA.

sumber:vocketfc