Lagi Pemain Dikaitkan Dengan Skuad Malaysia

Sejak akhir-akhir ini ramai pemain yang muncul dan berhasrat untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan sekaligus menjadi pemain warisan negara.Pemain seperti Marcel Kalonda, Harry Edge, Kobe Cong dan Samuel Bone antara pemain yang berminat untuk beraksi bersama pasukan negara sekaligus menimbulkan perdebatan di kalangan pemerhati dan juga peminat bola sepak tanah air.

Baru-baru ini, muncul pemain baharu yang dikaitkan dengan Malaysia. Nama pemain tersebut ialah Bruno Nazario, seorang pemain di bahagian serangan berusia 25 tahun yang beraksi bersama kelab Brazil, Botafogo secara pinjaman daripada kelab Bundesliga, TSG 1899 Hoffenheim.

Menurut perkongsian pengguna Twitter, Marco Negeri, dalam satu temu bual bersama Botafogo TV, ketika ditanya sama ada beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Bruno tidak dapat memberikan jawapan jelas mengenai perkara itu.

Tentang Malaysia, benar, saya melihat & membaca mesej2 tersebut tetapi fokus saya hari ini adalah terhadap @botafogo. Saya menerima mesej2 dari Malaysia setiap hari tetapi buat masa ini, tumpuan saya kekal buat Botafogo sahaja

Semakan lebih lanjut dilakukan dan mendapati keluarga serta kenalan rapat Bruno di Brazil telah menafikan sama sekali bahawa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Jika Bruno Nazario mahu beraksi bersama Malaysia, maka beliau perlu melalui proses seperti Mohamadou Sumareh ddan Liridon Krasniqi iaitu dengan bermain di Malaysia selama lima tahun bagi mendapatkan status sebagai pemain naturalisasi.