Lagenda Lahir Dari Projek 2000 Akademi Hijau Kuning

Asal : Alor Setar, Kedah. Tarikh lahir : 20 Julai 1975. No Jersi : 12. Posisi : Penye rang/Sayap. Kerier : 1990-1993, Akademi Hijau Kuning Projek 2000, 1994 Kelab Langkasuka 1995 mula mewakili pasukan utama negeri Kedah Darul Aman. TAN GIM HONG, satu nama yang tidak asing lagi untuk penyokong Kedah era pertengahan 90 an. Antara pemain yang lahir dari Projek 2000 Akademi Hijau Kuning. Meneruskan legasi kesinambungan pemain berbangsa cina didalam skuad Kedah selepas era Lee Kin Hong, Tan Cheng Hoe, Ng Chew Beng, Chan Keat Swee, Lee Thean Ewe & lain lain.Berjaya menembusi skuad utama Kedah serta berjaya menjaringkan gol-gol penting buat pasukan Kedah.

Sumbangan berharga beliau ketika bersama pasukan Kedah sentiasa menjadi kenangan utk kita. Era kini, Kedah makin ketandusan pemain berbangsa cina dalam skuad utama selepas era beliau beraksi. Diharap dengan aura beliau & pemain pemain-pemain barbangsa cina yang terdahulu, akan ramai lagi anak muda dari setiap lapisan bangsa dapat menceburkan diri dlm sukan nombor satu ini. Apapun, nama Tan Gim Hong tetap segar dalam lipatan sejarah bolasepak negeri Kedah Darul Aman, selaku pemain yg pernah menabur jasa & bakti. Kini walaupun sudah bersara, beliau masih aktif bersama Skuad Veteran Kedah untuk beraksi pada perlawnan persahabatan.  Jasa serta sumbangannya pasti akan terus dikenang sepanjang zaman oleh penyokong setia hijau kuning. TAN GIM HONG NO 12, BIAR JASA JADI KENANGAN.

sumber:MHazriq Fahimy Abdullah