Lagenda Kedah ABDUL AZIZ AZIZAN Tinggal Kenangan

16 January 2019. Kira kira 4.30 petang setahun yang lalu, dunia bolasepak negara kehilangan satu nama yang banyak menabur Jasa & baktinya. Untuk Kedah kita, keh!langan Allahyarham begitu dirasai.

Allahyarham adalah antara lagenda untuk bolasepak negeri Kedah Darul Aman. Salah seorang dari anggota bersejarah dalam membawa kejuaraan pertama Piala Malaysia buat Kedah pada tahun 1990. Mengecap lagi beberapa kejuaraan selepas itu dalam keriernya bersama Kedah beberapa musim selepas itu, sebelum berhijrah ke pasukan lain.

Allahyarham merupakan antara sayap & penye rang yang mempunyai kepantasan serta skil yang lincah serta bijak mencari peluang & ruang dalam membantu kejayaan pasukan. Biarpun hanya bertubuh kecil & digelar cili padi, beliau mampu juga bermain di posisi tengah & boleh menyelinap masuk hingga ke bahagian sera ngan & mampu untuk menjaringkan gol walaupun dari sudut yang sukar.

Itulah Allahyarham Aziz Azizan nombor 13. Jasa bakti & sumbangannya akan terus subur dalam sejarah penuh kehebatan b0lasepak negeri Kedah Darul Aman sepanjang zaman!

Terima Kasih Legenda,
Biar Jasa Jadi Kenangan,
Hijau Kuning Lambang Kemegahan,

Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat & ditempatkan disisi orang orang yang beriman & beramal soleh hendakNya, Aamiin Aamiin yarobalalaamiin

Al Fatihah

(Oleh MHazriq Fahimy Abdullah)