Labur RM65,000 , Kerja Belum Tentu Dapat

‘Melabur’ RM65,000 bagi mendapatkan lesen Pro Diploma K0nfederasi Bolasepak Asia (AFC) atau disebut sebagai lesen kejurulatihan Pro A, namun hakikatnya, ia belum menjamin seseorang jurulatih akan mendapat pekerjaan!Itulah dilema kebanyakan jurulatih tempatan yang menyebabkan mereka berfikir banyak kali sama ada mahu mendapatkan lesen berkenaan atau tidak.Tapi, tanpa lesen Pro A, mereka tidak layak untuk menjadi jurulatih pasukan Liga Super.Undang-undang ini telahpun dikuatkuasakan mulai musim 2020, dan itu juga penyebab Jelius Ating (gambar) yang membimbing Sabah menjuarai Liga Premier 2019 dan layak ke Liga Super 2020 terpaksa melepaskan jawatannya kerana beliau tidak memiliki lesen berkenaan.Malah, menjelang musim 2022, jurulatih yang mahu membimbing pasukan Liga Premier juga wajib memiliki lesen Pro A. Ia adalah usaha ke arah penambahbaikkan mutu kejurulatihan kita.Namun, tidak semua jurulatih berkemampuan mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM65,000 kecuali mereka dibantu oleh kelab atau persatuan negeri yang mereka wakili.

Tapi bagi jurulatih yang tidak mempunyai ‘tempat bergantvng’, kos berkenaan sangat membebankan sedangkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan sangat terhad menyebabkan ramai jurulatih tempatan kini menganggur.Seorang jurulatih yang ditemu bual La Bola berkata beliau masih berada dalam dilema sama ada mahu mendapatkan lesen Pro A atau tidak memandangkan kos yang tinggi dan peluang pekerjaan yang terhad.Saya akui syarat yang dikenakan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) supaya semua jurulatih Liga Super dan Liga Premier diwajibkan memiliki lesen Pro A menjelang 2022 adalah bagus demi meningkatkan mutu jurulatih kita, sekali gus meningkatkan mutu bola sepak negara. Dalam bola sepak moden, pengalaman sahaja tidak memadai untuk menjadi jurulatih sebaliknya kami perlu menambah ilmu kejurulatihan dalam pelbagai aspek termasuk dalam kaedah saintifik. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal.

Tapi, bagi saya dan kebanyakan jurulatih yang tidak memiliki tempat bergantung sama ada kelab atau persatuan negeri, kami perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk mendapatkan lesen berkenaan dan saya akui tidak mampu.Kami mungkin perlu bergolok bergadai atau membuat pinjaman jika mahu juga mengambil lesen Pro A tapi apa jaminan ia membantu kami mendapatkan pekerjaan selepas memiliki lesen itu? industri bola sepak Malaysia untuk jurulatih tempatan sangat terhad. Kelab tidak banyak dan ditambah pula dengan saingan daripada jurulatih import kerana mentaliti kebanyakan kita yang masih percaya bahawa barangan imp0rt lebih berkualiti.Inilah membuatkan orang macam saya tersepit sama ada mahu mengambil lesen Pro A atau tidak. Labur RM65,000, job belum tentu dapat, kata jurulatih itu yang pernah membimbing beberapa pasukan sebelum ini.Sementara itu, seorang lagi jurulatih bersetuju dengan pandangan rakannya itu namun menganggap ia adalah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh semua jurulatih.Syarat dikenakan oleh FAM itu adalah untuk kebaikan bola sepak malah ia juga diguna pakai oleh negara lain. Peredaran zaman memerlukan jurulatih lebih berilmu.

Betul, pelaburan RM65,000 belum tentu membawa pulangan atau menjamin anda akan mendapat pekerjaan tapi kita perlu mematuhi syarat yang ditetapkan jika mahu menjadi jurulatih.Kita kena sedar, kerjaya jurulatih bola sepak adalah satu perjudian dan bukan jaminan. Kami sentiasa terdedah kepada risiko hilang pekerjaan kerana talian hayat seseorang jurulatih bersama pasukan bergantung pada keputusan perlawnan, kalau lima enam kali kalah berturut-turut, anda akan disingkir atau direhatkan.Hakikatnya, apa yang disuarakan oleh rakan saya itu betul dan apa yang dilakukan oleh FAM juga betul, jadi tepuk dada, tanya selera,” katanya.Bagi seorang lagi jurulatih, kalau difikir jumlah kos perlu dikeluarkan untuk mendapatkan lesen Pro A, ia memang tidak berbaloi dengan industri bola sepak negara yang belum mencapai tahap sebagaimana di negara Asia lain seperti Jepun dan Korea namun lesen itu tetap keperluan kepada jurulatih tempatan.Sebagai jurulatih, kita perlu meningkatkan ilmu kita setaraf jurulatih luar agar kita tidak ketinggalan walaupun sekadar melatih pasukan Liga M.Soal berbaloi atau tidak memang tidak berbaloi jika kita fikirkan industri bola sepak kita sekarang. Tapi, siapa tahu dalam tempoh 10 tahun akan datang, liga kita akan meningkat setaraf liga luar, ketika itu lesen yang kita miliki akan menjadi sangat bernilai, ujar jurulatih itu.

Foto ihsan : NSTP