Kpah Sherman Berkorban Untuk Orang Kampungnya

Pemain pasukan Kedah yang berasal dari Liberia, Kpah Sherman telah menyalurkan bantuan untuk membantu mereka yang terjejas dengan penularan isu C0VID-19 dikampung halamannya. Menurut kemaskini Wesley Kla melalui laman sosial Twitter sebentar tadi, Kpah Sherman melalui ibunya itu bukan sahaja menyumbangkan barangan makanan dan kit kebersihan tetapi juga turut memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai kepada komuniti disana.

https://twitter.com/WesleyKla/status/1248214783234650113

Dilaporkan bahawa 625kg beras, beberapa karton barangan kebersihan dan juga wang berjumlah LRD50,000 telah disampaikan.Bantuan itu terpaksa dibuat melalui keluarga Kpah Sherman kerana beliau kini berada di Malaysia yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, namun dijangka akan dilanjutkan lebih lama lagi selepas ini.

sumber:vocketfc