KPAH Kutuk Tindakan Sesetengah Pemain Tidak Berperikemanusiaan

Nasib Liga Malaysia sama ada diteruskan atau dibatalkan dijangka diketahui pada Jumaat.

Penyerang Kedah, Kpah Sherman mendoakan agar ada berita gembira liga tetap disambung meskipun sedikit lewat, tetapi jika dibatalkan dia menyifatkan ia sebagai satu tragedi.

Dalam situasi ini, ia membawa kepada kerugian menyeluruh jika liga dibatalkan. Pemain, pegawai, ianya akan menjadi satu tragedi.

Negara lain sedang cuba menyelamatkan liga masing-masing. Jika ianya mungkin, kita seharusnya mencari satu jalan untuk teruskan liga. Ia penting.

Tetapi andai pembatalan adalah pilihan yang ada, pengurusan kena putuskan apa halatuju seterusnya tanpa bolasepak untuk tempoh panjang. Bincang dengan pemain dan pegawai untuk putuskan apa yang terbaik.

Pemain-pemain juga tidak wajar menuntut gaji penuh jika liga dibatalkan, jika ada yang berbuat demikian maka ia tindakan tidak berperikemanusiaan. Perlu ada rundingan berkenaan jumlah dan tempoh bayaran kerana pemain perlu faham kelab tidak mungkin boleh menjana pendapatan untuk membayar gaji sepanjang tahun.

“Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh sesiapa. Kita tidak boleh salahkan kelab, tidak boleh salahkan pemain, tidak perlu tuding jari. Kita hanya perlu bertolak ansur,” kata penjaring terbanyak Liga Super 2019 itu kepada The Star Online.

Sementara itu, Kpah Sherman turut memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah masuk fasa keempat mengajarnya untuk menghargai sekecil-kecil perkara di dalam hidup.

“Saya belajar betapa pentingnya keluarga, betapa pentingnya orang di sekeliling, bagaimana kehidupan dengan atau tanpa mereka.

Sumber:Labolamalaya

“Keluar minum atau lepak dengan kawan mungkin benda kecil, tetapi PKP yang menjauhkan kita dari semua ini membuatkan kita merindui momen tersebut. Jadi, setiap daripada kita hargailah detik minum, makan malam, jalan-jalan ataupun tengok wayang bersama keluarga atau kawan,” ujar Kpah.