Komen TMJ Jadikan Motivasi

KUALA LUMPUR: Striker muda s3nsasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak perlu memikirkan mengenai dakwaan bahawa dia dipilih menyertai kelab KV Kortrijk dari Belgium kerana kabel pemimpin sebelum ini.

Ia susulan komen Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Instagram, kelmarin yang mendakwa perpindahan bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu didalangi modal politik dan bukan atas tiket merit ataupun kemampuannya.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menegaskan komen TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu seharusnya dijadikan sebagai motivasi buat Luqman membuktikan dia sememangnya layak beraksi di benua Eropah.

Katanya, langkah ke KV Kortrijk mungkin tapak pertama buat pemain muda itu mencipta nama di Eropah sekali gus tidak mustahil dia boleh menjadi perhatian kelab lain di benua itu sekiranya menunjukkan prestasi terbaik.

Masalah kabel ke apa, itu nombor dua. Luqman juga ada potensi, bukan tak ada dan dia masih muda. Kalau diberi masa dan pendedahan yang lebih baik di Eropah, saya rasa tiada masalah.

TMJ komen berdasarkan apa yang dia dapat dan kalau benar Tan Sri Vincent Tan (pemilik KV Kortrijk) sendiri yang yang bagi tahu, jadi betullah. Tapi itu perkara lain, benda yang positifnya adalah Tan Sri memberi ruang kepada anak Malaysia beraksi bersama kelabnya.

Ini yang kita harapkan kepada rakyat Malaysia yang memiliki kelab di Eropah untuk membantu membawa pemain berbakat dari negara ini mendapat pendedahan berguna di sana kerana sebagai pemilik kelab, dia ada hak nak bawa sesiapa pun.

Tapi saya rasa Luqman memang seorang pemain muda yang berbakat dan inilah masa untuk dia menunjukkan segala kemahiran dia di sana. Insya-Allah kalau dia boleh bawa diri dia di sana, dia boleh pergi jauh, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Jamal turut mengingatkan Luqman untuk tidak hanyut dalam sebarang isu yang boleh mer0sakkan kerjayanya.

Dia tak boleh patah semangat. Isu ini kadang-kadang macam angin yang lalu depan kita saja. Kalau kita ikut angin itu, kita akan hanyut.

Ini sebagai satu cabaran buat Luqman. Kita kena sentiasa positif yang mana apa saja komen orang kita ambil sebagai satu azimat untuk kita pergi lagi jauh dan tunjukkan kepada komen yang ada ini, kita sebenarnya bukan macam itu ,katanya.