Kipre Tchetche Akan Uji Kemampuan JDT

Musim 2020 adalah musim keempat buat Kipre Tchetche beraksi di Liga Malaysia (Liga M) dan perpindahannya ke Kedah didor0ng oleh keinginannya yang mahukan cabaran baharu dan trofi.

Ketika ditemuramah Media KFA sejurus majlis menandatangani k0ntrak pada Selasa, Striker berusia 31 tahun itu kelihatan gembira dan teruja untuk ber@ksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Menurut Kipre Tchetche ketika ditanya mengenai perbezaan antara Kedah dan pasukan lamanya, Terengganu FC, baginya terdapat perbezaan ketara iaitu suasana, pasukan dan cabaran pasukan.

“Ia perbezaan yang ketara. Suasananya dan pasukan yang berbeza. Kedah adalah pasukan yang selalu bersa!ng untuk kedudukan tiga terbaik,” ujar penjaring terbanyak Piala Malaysia 2018 itu.

“Tahun ini, Kedah akan bermain di kelayakan Liga-Liga Juara Asia (ACL). Ia sesuatu yang berbeza dan mengujakan bagi pemain untuk memiliki cabaran baharu [dalam karier],” tambahnya lagi.

Kipre Tchetche menyertai Terengganu pada jendela perp1ndahan kedua musim 2017 dan telah membantu mereka meraih pr0mosi ke Liga Super 2018 serta mara ke final Piala Malaysia 2018 – dan tewas 1-4 kepada Perak menerusi penentvan sep@kan penalti.

Musim lalu adalah musim yang sukar buatnya apabila melalui satu fasa kem@rau jaringan dan gagal membantu Terengganu dengan hanya berjaya menjaringkan lapan gol sepanjang musim.

“Dia (Irfan Bakti) percayakan saya dan saya perlu berterima kasih kepadanya atas segalanya. Dia berikan saya peluang, anda pun tahu ada ketika saya melalui fasa sukar [musim lalu], saya tidak menjaringkan gol, tetapi beliau terus percayakan saya,” ujarnya.

Bercakap mengenai misi bersama Kedah untuk musim hadapan, pemain yang bakal menyarvng jersi nombor 10 itu mengatakan mahu mencabar kejuaraan yang dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya ada banyak misi [bersama Kedah]. Apabila kita melihat satu pasukan menjuarai liga sebanyak enam kali, ia agak membosankan.

“Jadi, saya sertai pasukan ini untuk cuba mencabar kejuaraan JDT dan meraih banyak lagi trofi seperti yang dilakukan pada musim lalu,” tambahnya lagi yang turut memuji Kedah dan para pemain yang baginya sangat bagus dari segi kemampuan dan prestasi.

“Seperti yang saya katakan tadi, cab@ran ini yang mengujakan buat pemain. Kita akan berikan yang terbaik untuk layak ke peringkat kumpulan,” tekadnya sambil mengatakan cabaran di Piala AFC dan ACL adalah sangat berbeza dari segi kekuatan pasukan.