Kini Boleh Tonton ,Dokumentari Luqman Hakim ‘The Journey of Luqie’

Perpindahan pemain bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ke Belgium untuk beraksi bersama KV Kortrijk sebelum ini sememangnya mencvri tumpuan ramai terutamanya peminat sukan tempatan.

Apa-apa sahaja perkembangan mengenai Luqman sama ada berkaitan bola sepak atau perjalanan hidupnya di sana akan menjadi buah mulut para peminat di tanah air. Hal ini sudah tentu berlaku kerana perp!ndahan pemain tempatan ke luar negara terutamanya Eropah bukanlah satu perkara yang sentiasa berlaku.

Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Dan kini, selepas beberapa bulan berada di sana dan beraksi dalam beberapa perlawanan, para peminat kini akhirnya boleh melihat dengan lebih dekat perjalanan Luqman Hakim di Belgium melalui d0kumentari pendek ‘The Journey of Luqie’ yang dihasilkan kelabnya untuk para peminat.

Dokumentari yang mula dipromosikan sejak awal November ini sebelum ini difahamkan hanya boleh ditonton dan diakses para peminat (yang berdaftar sebagai ahli kelab) di laman sesawang KV Kortrijk.

Namun kini, selepas beberapa ketika- peminat di Malaysia kini berpeluang untuk menonton dokumentari Journey of Luqie yang berdurasi selama 13 minit 40 saat itu secara percuma di YouTube yang mula dimuat naik sejak semalam.

Anda semua mahu lihat bagaimana perjalanan Luqman menuju debut pr0fesionalnya di Eropah? TheJourneyofLuqie akan menceritakannya kepada anda di sini, tulis akaun YouTube kelab Belgium itu.

Episod kali ini yang difahamkan merupakan sebahagian daripada on-going dokumentari memaparkan ketibaan Luqman di Belgium, penglibatannya dalam latihan serta bagaimana beliau berjaya mendapatkan keluarga angkat di sana.

Di samping itu juga, episod kali ini turut memuatkan komen jurulatih mengenai Luqman sewaktu di awal ketibaannya di sana.

Anda boleh menonton episod Journey of Luqie yang dimuat naik di YouTube melalui pautan di bawah.