KFA Terima Pihak yang Berminat Dengan Lang Merah

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedia berunding bersama mana-mana pihak yang berminat membeli atau menaja pasukan Lang Merah yang kini dalam proses penswastaan.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran jutawan atau syarikat yang berminat berunding dalam merealisasikan penubuhan kelab terbabit.

Jelasnya, pihaknya setakat ini sudah menerima cadangan daripada sebuah koperasi tempatan yang berminat menubuhkan syarikat bagi menguruskan pasukan Kedah berstatus kelab.

Kita terima banyak cadangan untuk memiliki kelab bola sepak Kedah ini, tetapi tidak boleh umum di surat khabar sahaja. Mana-mana jutawan atau yang berminat membeli atau menaja kena datang berjumpa untuk kita pertimbang.

Kelmarin kita ada berunding bersama sebuah koperasi yang mengemukakan tawaran menubuhkan syarikat sendirian berhad. Di bawah koperasi ini, peminat akan didaftarkan sebagai ahli dan menyumbang dana terkumpul yang diguna menguruskan kelab, katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sehingga kini KFA masih membuka pintu rundingan dan sedia menerima kertas cadangan berkaitan penubuhan kelab terbabit dari pihak luar.

Bagaimanapun, FAM ada menasihatkan agar setiap pasukan berh@ti-h@ti dalam menerima tawaran memiliki kelab bola sepak negeri kerana bimbang akan menyebabkan kerugian pula.

sumber:BH

Disebabkan itu kita dengar juga pandangan ini, namun pintu rundingan sentiasa terbuka sehingga penubuhan kelab dapat dicapai, katanya.