KFA Mohon Sanusi Pertimbangkan Kembali

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dimohon menimbang semula cadangannya untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah .

Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din berkata, ketika ini, KFA amat memerlukan khidmat Muhammad Sanusi untuk mentadbir dan memajukan sukan bola sepak Kedah.

Difahamkan, beliau meluahkan hasrat meletak jawatan demi memberi laluan kepada pihak lain yang dirasakan lebih berkelayakan tetapi pada saya, beliau adalah individu paling layak untuk menerajui pasukan.Sebagai Menteri Besar Kedah, beliau satu-satunya individu yang memiliki keupayaan dan kuasa menyelesaikan kemelut KFA, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri tersebut dapat mempertimbangkan cadangan untuk menyerahkan tugas dan urusan bola sepak Kedah kepada pihak lain.

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya sedikit terkilan dengan kec@man dil0ntarkan netizen di media s0sial terhadap Presiden KFA.

Beliau Muhammad Sanusi memiliki k0mitmen mentadbir KFA sekali gus perlu menyelesaikan kemelut hvtang yang ditinggalkan kepimpinan lama dan perlu menguruskan masalah negeri, yang mana perlu diselesaikan dalam tempoh singkat, katanya.

Katanya, KFA juga berharap orang awam khususnya penyok0ng tidak terus melontarkan sebarang kecaman dan menjadikan beberapa perkara sebagai !su.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA selepas menyelesaikan tungg@kan hutang KFA lebih RM10 juta melalui kenyataan di laman sosial Faceboook.

sumber:SH