KFA Hanya Ingin Tutup Kesalahan Sendiri – Stuart

Persatuan Bolasepak Malaysia  tampil menafikan tuduhan yang dilemparkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah , Asmirul Anuar Aris terhadap badan induk itu.Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam menyifatkan kenyataan Asmirul hanya bertujuan untuk menutup kesalahan pihaknya sendiri berkaitan kelewatan pembayaran gaji pemain Kedah.Menerusi kenyataan di laman facebook rasmi miliknya itu, Asmirul seolah-olah mahu menyalahkan FAM dan MFL Liga Bolasepak Malaysia mengenai tunggakan gaji KFA.Dia memberi alasan bahawa pihaknya belum mengadakan perbincangan dengan pemain disebabkan FAM dan MFL belum menyediakan kata putus bilakah tarikh akan bermula kembali liga setelah bermesyuarat berkali-kali.Sebagai Setiausaha Kehormat KFA, sudah tentu dia sudah menerima tiga surat pemakluman mengenai penangguhan disebabkan PKP  ini dan satu surat pemakluman mengenai perancangan liga daripada MFL.

Semuanya sudah diemel kepada setiausaha ahli gabungan dan kelab bertanding dalam Liga Malaysia 2020.Surat pertama bertarikh 17 Mac 2020 mengenai arahan PKP  iaitu antaranya melarang sesi latihan dan perlawanan persahabatan diadakan disusuli surat kedua bertarikh 25 Mac 2020 bagi menyatakan arahan PKP dilanjutkan ke fasa kedua iaitu sehingga 14 April 2020.Seterusnya surat ketiga bertarikh 5 April 2020 iaitu pemakluman mengenai perancangan MFL yang mana isi kandungannya menyatakan bahawa beberapa alternatif sudah dibuat bagi meneruskan kalendar bola sepak musim 2020, kata Stuart.Selain itu, Stuart menjelaskan pihaknya juga mengeluarkan surat keempat bertarikh 10 April 2020 yang memaklumkan bahawa kerajaan melanjutkan PKP ke fasa ketiga iaitu sehingga 28 April 2020.

Justeru, dia mempersoal kenyataan yang dibuat Asmirul sambil menegaskan bahawa FAM dan MFL akan bertindak segera sebaik kerajaan mengumumkan PKP berakhir.Persoalannya di sini, adakah berasas dakwaan yang dinyatakan oleh Asmirul dalam kenyataannya itu atau beliau sendiri sebenarnya yang tidak meneliti atau memahami isi kandungan surat yang sudah pun diemel kepadanya itu?Sebagai Setiausaha Kehormat KFA sebenarnya beliau mempunyai saluran yang lebih tepat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati beliau.

Malahan, kita juga mempunyai WhatsApp Group terdiri daripada setiausaha agung/kehormat setiap Ahli Gabungan FAM untuk berbincang dan bertanyakan sesuatu perkara yang mana saya tidak pasti sama ada Asmirul terlalu sibuk atau menganggap WhatsApp Group berkenaan tidak penting, katanya.

sumber:BH