KFA Bernafas Lega ,MB Bersuara

Pemain skuad Lang Merah boleh menarik nafas lega apabila Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor berjanji akan membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji membabitkan mereka itu.Beliau memaklumkan hanya mengetahui mengenai kemelut terbabit melalui media semalam.Saya hanya mengetahui mengenai tunggakan gaji pemain menerusi media sahaja. Saya difahamkan berlaku masalah gaji kerana kekangan kewangan. Saya akan berjumpa segera pengurusan KFA untuk dapat kedudukan sebenar.

Namun saya harap pemain dapat sambut Aidilfitri dengan gembira, katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.Pemain Kedah sebelum ini mendakwa tidak mendapat bayaran gaji tiga bulan mulai Februari lalu, dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris kelmarin mengumumkan kerajaan negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji mereka.

Katanya, Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mukhriz sudah meluluskan peruntukan itu dua hari sebelum meletak jawatan sebagai MB.