KFA Akan Beri Keputusan Ahad ini

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal mengadakan Kongres Luar Biasa pada pada Ahad ini bagi melantik presiden dan naib presiden baharu.

KFA dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya semalam berkata, sekretariat persatuan sudah pun membuka pencalonan bagi jawatan berkenaan dengan pemilihan kedua-duanya bakal ditentukan oleh 36 ahli gabungan.

Jawatan setiausaha kehormat juga akan ditentukan pada hari yang sama dengan pemilihan tidak dilakukan sebaliknya dilantik oleh presiden baharu.

“Sekretariat KFA telah mengambil langkah sewajarnya dengan membuka pencalonan kepada ahli gabungan persatuan sejurus disahkan terdapat tiga kekosongan jawatan tersebut mengikut jangka masa ditetapkan statut KFA.

Selepas tamat tempoh pencalonan baru-baru ini, KFA melalui Kongres Luar Biasa yang akan diadakan pada 12 Julai ini, akan mengadakan pemilihan melantik presiden KFA dan naib presiden KFA yang baharu manakala jawatan setiausaha kehormat adalah keistimewaan hak lantikan presiden dan tidak dipertandingkan, katanya.

Delegasi KFA diketuai oleh timbalan presidennya, Datuk Abdul Rahman Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di Alor Setar petang semalam. –

Dalam pada itu, delegasi KFA yang diketuai oleh timbalan presidennya, Datuk Abdul Rahman Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di pejabatnya di Wisma Darul Aman, sini, petang semalam.

sumber:BH

Ia antara lain bertujuan untuk beramah mesra dan membentangkan perjalanan pentadbiran semasa KFA selepas berlakunya peralihan beberapa jawatan penting.