KFA Ada Logo Dan Nama Baharu

Persatuan Bolasepak Kedah KFA memilih nama Darulaman FC  bagi proses penswastaan daripada persatuan FA ke kelab bola sepak FC.

Menteri Besar merangkap Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, nama yang didaftarkan adalah Darulaman Football Club Sdn Bhd dan tampil dengan logo baharu selaras dengan transformasi penswastaan yang dilaksanakan.Darulaman FC DFC merupakan nama baharu yang dipilih dan bayangan logo baharu pula ada imej bola, bunga padi, perisai, bintang, warna hijau dan warna kuning.

Kita mesti ada imej padi, hijau, kuning, merah, bola serta ada perisai dan bintang. Apa yang kita gabungkan ini ada keterangan dan penjelasannya dan kita akan terangkan pada majlis pelancaran nama baharu kelab ini nanti.Secara formaliti penswastaan ini hanyalah atas kertas sahaja, sementara sokongan rakyat Kedah pada bola sepak pula, Kedah itu masih guna gelaran Hijau Kuning dan lagu yang sama, cuma kita kena letak nama baharu sahaja.

DFC ini akan ada logonya sendiri dan kita sudah daftarkan mengikut peraturan pendaftaran. Logo baharu perlu lain daripada logo Lang Merah dahulu, dan ini adalah transformasi serta pembaharuan yang dilakukan, katanya.

Sanusi juga menjelaskan setakat ini KFA memegang saham 100 peratus ke atas pemilikan DFC dan ruang pemilikan saham pada syarikat baharu ini masih dibuka kepada pihak berminat.Beberapa pihak sudah membuat temujanji untuk berbincang dan kita bersedia berjumpa dengan sesiapa pun yang berminat untuk beli saham DFC ini.

Sebelum ini, Koperasi Anak Kedah Berhad berhasrat membeli saham DFC, namun mereka belum mengemukakan dokumen yang diminta termasuk keupayaan kewangan untuk memiliki saham ini.Pihak KAKB memohon membeli 51 peratus saham, dan contoh jika saham DFC ini bernilai RM30 juta, mereka kena tunjuk yang mereka ada duit lebih daripada RM15 juta, katanya.

sumber:BH