Keputusan Ke s Akhyar

KEPUTUSAN mengenai k3s perp!ndahan kontr0versi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 hari ini.

“Keputusan kes yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.”

“Persatuan B0las3pak Kedah (KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan k3s perp!ndahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).”

KFA turut berharap pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat bertindak telus dalam menyelesaikan isu itu dengan segera.

“Kes ini seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan.” Untuk makluman, sumbangan Tabung CAS-KFA berjumlah RM50,000 habis digunakan menampung kos guaman kes berkenaan tidak mencukupi malah KFA men@nggung segala kos tambahan,” katanya.

Pada Mac lalu, KFA menegaskan mereka tidak pernah berpatah balik dalam kes membabitkan striker kebangsaan itu yangbermula sejak 18 Januari lalu. Pihak KFA juga memulakan proses timbang tara di peringkat d0mestik terlebih dahulu sebelum bidangkuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.