Kenyu Sugimoto Tinggal Angan-Angan

Kedah mengumumkan telah membawa masuk Amin Nazari, pemain kacukan Sweden-Filipina untuk melengkapkan kuota pemain import sekaligus menutup spekulasi Kenyu Sugimoto yang dicipta penyokong.

Penyokong Kedah membuat spekulasi mengenai Sugimoto dan memasang impian mahu pemain Urawa Reds itu mewakili Lang Merah selepas Aidil Shahrin dikatakan mencari pemain jepun untuk memperkuatkan pasukan.

Dengan kemasukan Amin Nazari yang akan bermain diposisi tengah, angan-angan penyokong kedah musnah sekelip mata.

Amin merupakan pemain import Asean kedua di rekrut kedah selepas Shakir Hamzah.