Kenapa Tak Layak Bersama Skuad Har!mau Malaya?

Jika anda peminat bola sepak di Malaysia, nama Bobby Gonzales atau BG9 pasti tidak lagi asing dalam kancah domestik.Bobby mempunyai rekod gol agak baik, mencatatkan lebih 100 gol, memenangi 2 kasut emas (penjaring tempatan) sepanjang 17 tahun karier beliau.Bobby tidak asing lagi di Borneo, beliau pernah mewakili Sabah dan Sarawak. Tahukah anda rekod jaringan Bobby bersama pasukan Borneo ini 95 gol. Bersama Sarawak, Bobby mencatat 68 gol manakala bersama Sabah, Bobby merekodkan 27 gol.Episod SANTAI kali ni, kita kupas jumlah gol dari ‘Bobbygol’ sejak musim 2003 ke musim 2020?

SABAH 2003-2008
Bobby memulakan karier seawal usia 19 tahun. Ketika itu Bobby bersama sama beberapa nama besar yang mewakili Sabah seperti Zainijam Marjan, Josiah Seton, Zaykiel Leong, Robert Gaspar, K. Sanbagamaran antara nama yang mewarnai pasukan Rhino’s.Bobby memulakan kempen agak baik, mencatat ‘debut gol’ ketika perlawanan menentang Selangor dimana Sabah mencatat kemenangan 6-2 keatas Red Giant. Beliau menamatkan musim dengan mencatat 3 gol musim 2003 dan 4 gol musim 2004.Bobby akhirnya menyerlah pada musim 2007/2008 dimana beliau menjadi penjaring terbanyak Sabah FA dengan rekod 13 gol.

KL PLUS 2009
Perkembangan Bobby diintai beberapa pasukan ketika itu. Akhirnya Bobby menyertai kelab KL Plus yang merupakan naib juara Liga Perdana pada musim 2008.Bobby bersama-sama beberapa nama seperti Syafiq Rahim, Fadzli Saari, Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Lot Abu Hassan dan Haris Safwan ketika di KL Plus.Bobby tidak memberi banyak impak ketika itu, beliau dibayangi kehebatan Fadzli Saari yang mencetak 17 gol untuk KL Plus. Bobby menamatkan kempen 2009 dengan 4 gol bersama KL Plus.

BINA REPUTASI DIBORNEO BERSAMA SABAH DAN SARAWAK 2010-2013
Bobby kembali menyarung jersi Sabah pada musim 2010. Dengan keadaan Sabah ketika itu bergelut, Bobby masih mampu mencetak 7 gol di Liga untuk Sabah.Bobby dipinjamkan ke pasukan jiran, Sarawak FA pada musim 2011. Impak Bobby mula meletus ketika itu. Bobby merakam 18 gol untuk pasukan Bujang Senang, ia menyamai rekod Safee Sali pada 2006, penjaring terbanyak Sarawak FA tempatan.

Selepas cemerlang bersama Sarawak, Bobby kembali ke Sabah. Bobby gagal menyerlah dan hanya menjaringkan 2 gol untuk Sabah bagi musim 2012.Musim 2013 menyaksikan Bobby kembali ke Sarawak. Kali ini Bobby mendapat ‘peak’ beliau sepanjang karier beliau.Membentuk gandingan serasi bersama Muamer Salibasic, mereka kembali memartabatkan Bola sepak di Sarawak khususnya.Bobby mencatatkan 20 gol dalam aksi Liga, 3 gol dalam Piala FA dimana Sarawak mara ke Suku Akhir kejohanan dan 4 gol lagi dalam Piala Malaysia, membantu Sarawak mara ke Separuh Akhir kejohanan. Musim 2013 menyaksikan Bobby merakam 27 gol dalam semusim.

DI RISIK PDRM 2014
Selepas merakam 27 gol musim sebelum itu, PDRM mula menawarkan kedudukan lebih ‘selesa’ untuk Bobby.Bobby digandingkan bersama penyerang berbisa Ali Ashfaq dan Charles Chad Souza. Lethal trio PDRM masa ini.Bobby menamatkan musim dengan 12 gol bersama PDRM, menjadi penjaring tempatan ke-2 terbanyak dibelakang Indra Putra Mahayuddin.Bobby turut memenangi kejuaraan Liga Perdana 2014 bersama kelab.

PERAK FA 2015
Bobby berkelana lagi. Beliau menyertai pasukan Perak FA untuk musim 2015. Turut bersama Bobby adalah Chad Souza, 2 pengempur PDRM sertai Perak.Bobby bukanlah pilihan utama ketika ini dengan kehadiran Chad Souza dan Namkung Woong diposisi serangan. Perak juga mempunyai nama seperti Haris Safwan dan Shahrizal Saad selain Bobby dibangku simpanan.Bobby mula mendapat peluang sejurus siri kecederaan berlaku dikem Perak, Bobby sempat merakam 3 gol untuk Bos Gaurus untuk musim 2015.

SERTAI FELDA DAN PKNS 2016-2017
Ini fasa penurunan karier Bobby dimana dalam tempoh 2 musim, hanya 2 gol dicatatkan beliau.Bobby dibayangi kehebatan PELEDAK import seperti Francis Forkey Doe dan Patrick Ronaldinho Weah ketika itu.

KEMBALI KE BUMI KENYALANG 2018-2019
Kembalinya Bobby untuk menabur bakti bersama Sarawak untuk musim 2018.Bobby muncul penjaring terbanyak tempatan untuk 2 musim berturut turut di Liga Perdana bersama Sarawak.Musim 2018 menyaksikan Bobby meledak 14 gol dan musim 2019 dengan 9 gol. Musim 2019 juga Bobby menghasilkan 6 assist, antara catatan tertinggi di Liga Perdana.

PULAU PINANG 2020
Selepas menjaringkan 23 gol dalam 2 musim bersama Sarawak, nama Bobby dikhabarkan di gugurkan pihak pengurusan.Bobby musim ini berkelana lagi nun jauh di utara bersama Penang FA BG9, seorang pemain yang sesuai dengan istilah ‘journey man’ sepanjang karier beliau.Adakah BG9 raja Liga Perdana? jawapannya adalah YA. Tempat dia mengumpul dan mencipta rekod tersendiri.100 gol oleh Bobby dalam Liga Perdana sejak 2007 ke 2020. 16 gol untuk pasukan yang beraksi di Liga Super.Ada lagi,Bersama 2 pasukan Borneo, Bobby mencatat 95 gol.Sarawak – 68 gol
Sabah – 27 golSelain Sabah dan Sarawak, Bobby mewakili 6 lagi pasukan. Catatan beliau 21 gol untuk 6 pasukan itu.116 gol dari BG9 dari 17 tahun karier beliau. Kalau Brazil ada Gabigol, Malaysia ada ‘Bobbygol’.Nama Bobby mungkin tidak sehandal Matlan Marjan, King James atau Hassan Sani tetapi Bobby tetap satu permata sensasi Borneo dan ia dibuktikan menerusi rekod gol beliau lakukan.

sumber:Don K-Rul IZham