Kenapa FAM gugurkan?

PENJAGA gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim terpaksa digugurkan daripada skuad Malaysia untuk menghadapi perlawanan antarabangsa sepanjang Oktober hadapan berikutan kec3deraan dialami pemain terbabit baru-baru ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan pengendali Malaysia, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan memanggil penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid untuk menggantikan Ifwat.

Ifwat dilaporkan mengalami kec3deraan dan kelihatan tidak selesa pada babak pertama aksi suku akhir pertama men3ntang PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Rabu lalu.

Pasukan negara dijadualkan men3ntang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 5 Oktober dan seterusnya aksi ketiga Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 men3ntang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober.

Seramai 25 pemain dipanggil untuk menghadiri latihan pusat yang akan bermula pada 30 September.

Ifwat tersenarai dalam skuad negara ketika menang 3-2 ke atas Indonesia dan tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun tidak diturunkan pada kedua-dua perlawanan.

Dalam dua perlawanan lalu, Farizal Marlias yang juga menggalas peranan sebagai kapten pasukan adalah pilihan pertama Cheng Hoe.

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *