Kenapa Aku bod0h Pergi Bayar Hutang Lapuk RM6.8juta KAFA?

KUALA LUMPUR: Pemilik baharu pasukan Kelantan, Norizam Tukiman berkata penyokong mempunyai kuasa memilih Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau meminta untuk mengekalkan seseorang jurulatih sekiranya menjadi pemegang saham dalam Kelantan FC.

Katanya, keadaan itu boleh berlaku jika cita-citanya untuk membawa skuad The Red Warriors tersenarai dalam pasaran saham menjadi kenyataan.

Menerusi hantaran pada akaun Facebook miliknya, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyenaraikan enam kelebihan bakal diperoleh selepas pasukan itu berada di pasaran saham.

Syarikat akan lebih telus, segala hal berkaitan akaun akan dibentangkan pada AGM (mesyuarat agung tahunan) dan semua pemegang saham boleh semak dan ajukan pertanyaan.

Jemputan hadir ke AGM, bila sudah jadi shareholder, semua penyokong Kelantan boleh pilih sendiri CEO kelab, boleh sahaja ajukan permintaan untuk kekalkan seseorang jurulatih.

Bila pasukan bola diapungkan, tentunya hal pengurusan dan kewangan, kalau anda nampak ada peny3lew3ngan boleh sahaja berpakat buat EGM (mesyuarat agung luar biasa) dan tend@ng pengurus yang menyel3weng, katanya.

Sebelum ini, BH Sukan pernah melaporkan cadangan menjadikan penyokong sebagai pemegang saham sebagai perubahan ke arah penswastaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Selain itu, Zamsaham turut menjelaskan persoalan mengapa beliau sanggup membeli pasukan Kelantan yang sebelum ini terkenal dengan mas@lah hutang.

Ada yang tanya, kenapa aku bod0h pergi bayar hutang lapuk RM6.8juta KAFA?

Ya, aku memang bod0h. Tapi aku tahu apa yang aku buat.

Kalau nak jelas, bacalah kisah bagaimana Tan Sri Tony Fernandes beli syarikat RM1 dengan hutang RM40 juta, tak sampai lima tahun berjaya IPO (saham terbitan awam) dengan nilai RM3 billion, katanya.