Kenali Magno Lagenda Kedah

Jangan silap tuan-tuan, ini bukan Adriano tapi beliau adalah Marcos Magno Morales Tavares atau singkatan peminat Kedah mengelar beliau Magno.Gambar dibawah ketika Magno mewakili pasukan kebangsaan beliau Brazil ketika kejohanan dunia B16 tahun.

Throwback Musim 2004 (16 Tahun Dahulu), Pada usia 19 tahun, Kedah dibawah pimpinan Mirandinha membuat kejutan membawa Magno dari Brazil. Itu mungkin dia tahu selok belok pemain remaja Brazil disana.Magno bukanlah mesin gol pada saingan Liga Super, Kedah juga berhadapan musim suram selepas menghuni tangga ke-8 dan akan ‘turun pangkat’ ke Division 2 untuk musim 2005 nanti tapi still qualified ke Piala Malaysia. Magno menamatkan Liga Super dengan 11 gol masa tu.

Coach Azraai dan Magno
Mirandinha dipecat susulan itu dan coach Azraai dibawa masuk. Sebelum coach Azraai menemui mesin gol Marlon Alex James, beliau terlebih dahulu membangunkan Magno menjadi ‘gladiator’ kepada pasukan Kedah. Kedah yang terperosok didasar Liga tiba-tiba menganas pada saingan Piala Malaysia 2004.Kedah yang berada satu kumpulan bersama juara Liga Super Pahang tidak menoleh kebelakang lagi. Mereka menang 5-0 keatas PKNS, 5-1 membelasah juara Liga Super Pahang, dan 3-1 menew@skan MK Land (Marlon ada masa ni).

Impak Magno luar biasa, sepanjang musim 2004, Magno menjaringkan 21 gol semusim. Sayangnya Magno beraksi dalam kesakitan pada final 2004 dan gagal membantu Kedah meraih trofi, kalau tidak greatest comeback of season rasanya, yela tersingkir ke Liga Perdana tapi buat comeback dan hampir-hampir menang Piala Malaysia.Pada awal 2005, Magno terlebih dahulu kembali ke kelab Atletico Paranarense di Brazil sebelum kembali untuk ‘unfinished business’ di Malaysia untuk bersama Kedah. Pertengahan musim, 6 gol dijaringkan Magno untuk Kedah bagi musim 2005.

Magno Kotakan JANJI,

Tanpa berlegah, Magno menunaikan janji membawa Kedah kembali ke saingan tertinggi selepas ditabalkan juara Liga Perdana.Magno menjaringkan 12 gol. Tapi apa lebih penting, dia menyelesaikan misi beliau bersama Kedah dengan memberi tiket ke Liga Super buat pasukan.Terima Kasih Magno untuk 39 gol buat Kedah dan paling diingati tiket ke Liga Super seterusnya Kedah mengalami perubahan lanskap bola sepak, treble terus.

Tapi nama Magno jangan kita lupa. Magno kini seorang lagenda di Slovenia. Dia menjaringkan 200 gol untuk kelab NK Maribor dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan liga Slovenia.Selalu kita hanya baca pemain-pemain terkenal dipenghujung karier akan datang Malaysia kan tapi Magno ni lain. Dia naik di Malaysia, baru ke eropah. Magno siap main UEFA Champions League.Di Kedah dia ‘gain confidence’ sesuai umur dia belasan tahun, 19 tahun. Dia dapat main final depan crowd 70-80k pada usia sangat muda, atas tiket import pula tu.

Tak sangka, dari hanya pemain pasukan Kedah kini bergelar ‘raja’ di Slovenia, itulah dia Marcos Magno Morales Tavares.

Kredit: Don K-Rul IZham